Thursday, October 29, 2009

Ayat Al-Quran pada kulit bayi- TANDA KEBESARAN ALLAH

Minggu ini sangat la sibuk...hari ini baru aku berkesempatan untuk menjenguk blog aku yang tak seberapa ni...Kali ini aku tertarik untuk menyiarkan gambar tanda-tanda kebesaran Allah yang jarang sekali kita dengar terdapat di kalangan manusia..Selalunya aku dengar kalimah Allah yang terletak pada buah,awan dan sebagainya...Tapi kisah ini sangat luar biasa dan aku terlalu kagum...SUBHANALLAH...engkaulah yang maha kuasa yang menjadikan sesuatu...

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

21 Oktober 2009 - KOSMO


p/s: Petikan ini diambil dari blog Ust Khir Johari iaitu salah seorang ustaz di politeknik aku...baca lah blog ustaz...banyak info boleh kita dapat...
http://refreshiman.blogspot.com/

Sunday, October 18, 2009

Pilihan Karier Mengikut Zodiak

Hari ini aku terbaca tentang pilihan karier mengikut zodiak...tak tau la betul ke tidak pada anda semua.Tapi bagi aku, mungkin ada persamaan dengan minat aku selama ini...tapi tentang perlaksanaannya masih dalam perancangan.Belajar pun tak habis lagi..Insyaallah akan menjadi realiti suatu hari nanti...

Berikut pilihan karier menurut zodiak. Sesuaikah dengan karier yang selama ini atau sedang anda jalani, anda sendirilah yang menjawabnya!

Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi.

Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi.

Taurus

Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Gemini

Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer

Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak.

Scorpion

Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.


Sagitarius

Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius

Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman.

Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi.

Saturday, October 17, 2009

6 soalan Imam Al-Ghazali perjelas sifat tawaduk

IMAM Al Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia.

Imam Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:

1. “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan ahli keluarga. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati” kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”


Murid -muridnya menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah betul tetapi, yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun keadaan kita atau kenderaan kita, kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

3. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapab itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. “Apa yang paling berat di dunia ini?”


Muridnya menjawab baja, besi dan gajah. Kata Imam Al Ghazali, semua jawapan itu benar tetapi, paling berat adalah ‘memegang amanah’. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai masuk ke neraka kerana tidak mampu memenuhi amanah itu.


5. “Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ada kalanya disebabkan kerja atau mesyuarat, kita meninggalkan solat.

6. “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar, kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling tajam adalah ‘lidah manusia’ kerana dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Friday, October 9, 2009

Rombongan Beraya DIP5A

Buat pertama kalinya, aku pergi beraya rumah rakan-rakan ikut rombongan beraya kelas aku. Mula-mula, ingat nak pergi open house kat rumah Kechik je kat Klang. Lepas tu, tak jangka boleh pergi banyak rumah pula. Dari Klang, pergi pula rumah Shahrul kat Cheras. Kawasan perumahan polis yang agak besar. Lepas tuh, pergi rumah Anie kat Cheras Baru dan akhir skali rumah Marhammah kat Bukit Antarabangsa.

Mula- mula ingat nak balik hari je. Tapi memandangkan dah lambat untuk balik ke politeknik semula, kami pelajar perempuan tidur di rumah Marhammah. Nasib baik rumah dia banyak baju t-shirt. Boleh la kami pinjam memandangkan kami tak bawa satu helai baju pon sebab perjalanan yang terkeluar dari jadual sebenar. Penat sangat time tuh.Tapi, apa-apa pun pengalaman ini memang menyeronokan dan akan tersimpan dalam memori sampai bila-bila.Hehe...

Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua....








Gambar di rumah kechik









Gambar di rumah Shahrul







Gambar di rumah Anie





Gambar di rumah Marhammah



Thursday, October 8, 2009

Majlis Berbuka Puasa DIP5A

Dah lama tak menjenguk blog bila bermacam-macam program dan dugaan berlaku beberapa hari ni.Dengan sambutan hari raya yang terlalu rushing untuk balik kampung di Muar,Johor dan Jengka 20,Temerloh. Assignment yang berlambak-lambak. Ajakan member-member ke open-house rumah masing-masing, dengan bil broadband aku yang hilang dan tunggakan 2 bulan hinggakan aku tidak boleh connect ke internet dan akhir sekali perselisihan faham dengan rakan sekuliah denganku.Huh....cukup membebankan kepala aku.

Setelah semuanya selesai barulah aku boleh meneruskan dengan penulisan di blog ni.Tapi sekarang ni bukan aku nak menulis apa-apa artikel. Cuma nak berkongsi keseronokan dan keberkatan menyambut Bulan Ramadhan yang lalu.Di sini ada beberapa gambar yang sempat diambil oleh rakan-rakan aku semasa Majlis Berbuka Puasa DIP5A.Walaupun agak terlambat, tapi sekurang-kurangnya sempat juga untuk dipaparkan di blog ni.(^_^)V