Wednesday, September 22, 2010

2PM - Again & Again

Assalamualaikum....

Haha..bile da tulis satu post...nak wat lg plak...haha...Tak kisah la kan asalkan masa terluang aku ni dapat diisi dengan benda yang berfaedah ni...Berfaedah ke??? Berfaedah la bg aku dan kawan2 lain insyaallah....

Sejak 2 menjak ni aku rase suke plak nak dgr lagu2 mcm ni...


Aku suke sgt dgr lagu2 mcm ni...lagi2 ni lagu korea, lagu dia rancak, band boy dia pon dance cantik and lagu dia not bad tau...

Lagu ni pon macam ad kena mngena je dgn diri ak...Ble ak tgk lirik dia la...
Kalau ak dengar group ni nyanyi je aku pon x faham...Ni liriknye...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Again and again and again and again
Again and again and again and again

Iluhkeh weh nehga ddo nuh eh jibappeh ddo
Suh itneun gunji dehcheh nan babonji
Jungmal sokgo ddo sokgo danghago ddo danghehdo ddo
Dashi ee jali eh wa itneunji

Nehga michyutna bwa jajonshimdo ubneunji
Nuh ehgeh dolawa chutbakwi doldeushi
Ilum an dweneundeh (dweneundeh dweneundeh)
Hamyunsuh oneuldo iluhgo issuh, no

Again and again and again and again
Nuh ehgeh jaggoo dolaga weh geulunji molla weh geulunji molla
Again and again and again and again
Nuh eh maleh ddo sok a weh geulunji molla weh geulunji molla

Uhjjum iluhkehdo babo gatni nehga
Nehga weh iluhkeh dwen guni
Nan boonmyunghi gyulshimeul hetneundeh hago ddo hetneundeh
Weh nuh ehgeh jaggoo dola oneunji

Nehga michyutna bwa jajonshimdo ubneunji
Nuh ehgeh dolawa chutbakwi doldeushi
Juldeh an bol guhla (bol guhla bol guhla)
Hamyunsuh dashi ddo iluhgo issuh,

Again and again and again and again
Nuh ehgeh jaggoo dolaga weh geulunji molla weh geulunji molla
Again and again and again and again
Nuh eh maleh ddo sok a weh geulunji molla weh geulunji molla

Nun dehcheh uhddun yak igilleh ggeuneul sooga ubssuh
Nado molleh jaggoo nuhleul geuliwuh hago gyulgooken ddo chatgo
Nabbeun yuja injool almyunsuh nan ddo nul poomeh an ggo sarangeul heh
Bonamana bbunhi daga olleh
Neh ileh apeumeul da algo isseumyunsuh dola suhjil motheh gyuljungeul mot nehlyuh

Jenjang na weh iluhni weh ee yuja yuppeh noowuh itni
Dodehcheh myut bunjjeh I jisseul duh hehbwaya nehga jungshineul chalillunji
Nooga jom nal uhdi ehda mookgguhjwuh uhsuh jebal
She's a bad girl, I know (I know)
But here I go again, oh no

Again and again and again and again
Nuh ehgeh jaggoo dolaga weh geulunji molla weh geulunji molla
Again and again and again and again
Nuh eh maleh ddo sok a weh geulunji molla weh geulunji molla

TRANSLATION

[JS] again and again and again and again
[JB] again and again and again and again

[WY] why am I standing like this in front of your house again, am I a fool
Getting tricked again and again, and suffering again and again
But why am I at this place again

[JH] I think I've gone crazy, have I no pride
I come back to you, like the first time around
Saying 'I can't be like this (like this, like this)',
I'm being like this again today, no

[JS] again and again and again and again
I keep going back to you. I don't know why, I don't know why
[JB] again and again and again and again
I fall for your words again. I don't know why, I don't know why

[NK] why do I seem like such a fool
Why did I become like this
I made a firm decision, again and again
Why do I keep coming back to you

[JH] I think I've gone crazy, have I no pride
I come back to you, like the first time around
Saying 'I won't ever see you again (see you, see you)',
I'm being like this again

[JS] again and again and again and again
I keep going back to you. I don't know why, I don't know why
[JB] again and again and again and again
I fall for your words again. I don't know why, I don't know why

[CS] what kind of medicine are you, that I can't give it up
Even without me knowing, I keep yearning for you, and eventually look for you again
Though I know you're a bad girl, I embrace you and love you again
Undoubtedly, clearly, I want to come towards you
Knowing all the pains of tomorrow, I can't turn around, I can't decide

[TY] darn it, why am I like this, why am I lying next to this girl
How many more times do I have to do this for me to come to my senses
Someone, tie me down somewhere, quickly, please
She's a bad girl, I know (I know), but here I go again. oh no

[JS] again and again and again and again
I keep going back to you. (I'm going back to you) I don't know why, I don't know why
[JB] again and again and again and again (I keep coming back)
I fall for your words again. (even I) I don't know why, I don't know why
[JS] oh, oh, yeah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haaa...lirik dia not bad kan...tp dia tujukan pada gurl...Heheh...

My New Life~~ ~UTHM~~~

Assalamualaikum...

Setelah lama tak menulis blog, rase rindu plak utk menulis semula...Itulah manusia.. Heheh...Anyway, now I'm in my new life as a uni student~~~ Feeling: Happy, Sgt bersyukur....Alhamdulillah...

Inilah universiti impian aku selama ni sejak aku di politeknik lg...UTHM..Tapi ramai sgt org tak tau apa tu UTHM..Universiti Tun Hussein Onn Malaysia laaaa...dlu dikenali sbg KUiTHO...hm, tapi kalau dekat Parit Raja ni org x knal UTHM tu apa.. hahah...diorg lg ingt KUiTHO...tak kisah la makcik....apo2 pon boleh!!~~ heheh..

Bercerita tentang universiti ni, awal2 kemasukan ada juga kami dak2 rumah kat Taman Melewar ni bercerita...Kononnya diorg ni tak pernah tau ad uni ni...Kiranya bukan uni pilihan la..Tapi bila kwn2 ajak mohon rayuan 2nd intake, baru la diorg tau...
But anyway mems...ak rase UTHM ni not bad gak tau...


Pandangan Hadapan UTHM...

Kapal Terbang yg ada terpacak tu lambang UTHM sebagai universiti teknikal dekat Malaysia ni..Org kata kat sini ada KEJURUTERAAN EURONATIK...Kiranya bakal2 pilot la..Tak tau la pulak saya betul ke tak ada jurusan ni...nnti saya kaji...hahah..

Hmm...yg bestnya, kat uni ni Library dia besar sgt...org kata library uni terbesar di Asia Tenggara..Library baru katakan....yg bagusnya library ni siap ada dengan Dewan Kuliah jugak...so, bebudak yg abs kelas kat sini..kalau xde keje...boleh la habiskan masa kat library ni...



Dalam library??Hm..nnti akan diupgrade...wat masa ni gambar blom dimasukkan dlm laptop...x bleh la nak letak kat blog ni..Insyaallah akan datang ok...

Kolej Kediaman lg best...kat sini byk kolej kediaman...yg ni Kolej Kediaman Perwira..



Ni pulak kolej kediaman kami...Kolej Kediaman Melewar...

Saturday, November 21, 2009

Apa yang menarik ek??

Minggu ni just busy ngan program anjuran jabatan aku ngan jabatan kejuruteraan awam. Kelas pon da berkurang...semua assignment dah dihantar, tinggal nak dapat markah PB je. Tak tau la ok ke ko...harapnye ok la...

Jabatan aku(JTMK) minggu nih banyak program gak la...Antaranya pembentangan projek akhir pelajar semester 6, tayangan projek AVD sem 5 (termasuk projek mini aku), PCG Dota Games dan banyak lg la....Masa pembentangan projek akhir sem 6 tuh, aku tgk gak... ad yg kna puji ngan lecturer sbb projek yang bagus...tapi ada jugak yang kna marah and kondem gler2 ngan lecturer..peh, sampai nak menangis la dak laki tuh.Sian aku tengok..Cuak gak aku untuk sem depan macam mana plak nasib projek akhir aku. Sekarang ni aku dalam proses nak tukar tajuk final projek aku..tak ada idea gler, group mmber plak dah balik umah...Memang nasib badan...

Tapi aku malas la nak cter pasal jabatan aku dah sekarang nih, aku rasa boring ngan JTMK (jgn marah ye..)...Aku nak cter pasal JKA(Jabatan Kejuruteraan Awam)pulak..
Aku pegi kat pameran projek akhir pelajar diorg, diorg bagi nama TRANSITION (nama program pon dah nampak best!)...sangat best dan gempak...Kalau kat jabatan nih ada 3 kos yang berlainan...Diploma Alam Sekitar, Diploma Seni Bina, dan Diploma Kejuruteraan Awam.Macam-macam boleh tgk kat pameran tuh..



Bergambar di Pintu Masuk Pameran


Kalau student JKA dengan model cerucuk la, model atap guna campuran jerami dan simen...Perbezaan campuran lapisan lepa simen untuk biar umah sejuk ...ntah banyak sangat,aku pon pening ..ye arr aku mana pernah belajar pasal2 menda2 tuh semua..Dak DAS(Diploma Alam Sekitar) ngan projek yang lain plak..mesti la pasal alam sekitar kan..heheh..Proses menjernihkan air tasik kat politeknik nih guna kulit kerang...,ada yang wat dinding kalis bunyi guna jerami padi..ceh..kononnya nak elakkan pencemaran bunyi..hehe..ada group wat baja kompos, yang menariknya diorg guna yakult untuk backteria baik tuh...macam-macam aku tanya..berminat aku tiba-tiba ngan kos nih...

Last skali mesti la pegi kat kos nih, Kos Seni Bina...Design diorg memang gempak-gempak! kalau tengok terpegun punya la...heheh..dengan pelan-pelan bangunan yang sebesar-besar kertas, kalau tengok model bangunannye lagi la gempak...Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil...itu pon curik-curik amik...malu kot pegi tangkap gambar masa tuh..ramai plak orang(dak2 kos lain) tengok pameran tuh...

Antara model bangunan yang dipamerkan..



Bangunan Sultan Abdul Samad



ZIGURRAT-UR Nammu

Thursday, October 29, 2009

Ayat Al-Quran pada kulit bayi- TANDA KEBESARAN ALLAH

Minggu ini sangat la sibuk...hari ini baru aku berkesempatan untuk menjenguk blog aku yang tak seberapa ni...Kali ini aku tertarik untuk menyiarkan gambar tanda-tanda kebesaran Allah yang jarang sekali kita dengar terdapat di kalangan manusia..Selalunya aku dengar kalimah Allah yang terletak pada buah,awan dan sebagainya...Tapi kisah ini sangat luar biasa dan aku terlalu kagum...SUBHANALLAH...engkaulah yang maha kuasa yang menjadikan sesuatu...

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

21 Oktober 2009 - KOSMO


p/s: Petikan ini diambil dari blog Ust Khir Johari iaitu salah seorang ustaz di politeknik aku...baca lah blog ustaz...banyak info boleh kita dapat...
http://refreshiman.blogspot.com/

Sunday, October 18, 2009

Pilihan Karier Mengikut Zodiak

Hari ini aku terbaca tentang pilihan karier mengikut zodiak...tak tau la betul ke tidak pada anda semua.Tapi bagi aku, mungkin ada persamaan dengan minat aku selama ini...tapi tentang perlaksanaannya masih dalam perancangan.Belajar pun tak habis lagi..Insyaallah akan menjadi realiti suatu hari nanti...

Berikut pilihan karier menurut zodiak. Sesuaikah dengan karier yang selama ini atau sedang anda jalani, anda sendirilah yang menjawabnya!

Libra
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi.

Aries
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi.

Taurus

Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Gemini

Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer

Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak.

Scorpion

Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.


Sagitarius

Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius

Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman.

Pisces
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi.

Saturday, October 17, 2009

6 soalan Imam Al-Ghazali perjelas sifat tawaduk

IMAM Al Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia.

Imam Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:

1. “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan ahli keluarga. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati” kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”


Murid -muridnya menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah betul tetapi, yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun keadaan kita atau kenderaan kita, kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

3. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapab itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. “Apa yang paling berat di dunia ini?”


Muridnya menjawab baja, besi dan gajah. Kata Imam Al Ghazali, semua jawapan itu benar tetapi, paling berat adalah ‘memegang amanah’. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai masuk ke neraka kerana tidak mampu memenuhi amanah itu.


5. “Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ada kalanya disebabkan kerja atau mesyuarat, kita meninggalkan solat.

6. “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar, kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling tajam adalah ‘lidah manusia’ kerana dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Friday, October 9, 2009

Rombongan Beraya DIP5A

Buat pertama kalinya, aku pergi beraya rumah rakan-rakan ikut rombongan beraya kelas aku. Mula-mula, ingat nak pergi open house kat rumah Kechik je kat Klang. Lepas tu, tak jangka boleh pergi banyak rumah pula. Dari Klang, pergi pula rumah Shahrul kat Cheras. Kawasan perumahan polis yang agak besar. Lepas tuh, pergi rumah Anie kat Cheras Baru dan akhir skali rumah Marhammah kat Bukit Antarabangsa.

Mula- mula ingat nak balik hari je. Tapi memandangkan dah lambat untuk balik ke politeknik semula, kami pelajar perempuan tidur di rumah Marhammah. Nasib baik rumah dia banyak baju t-shirt. Boleh la kami pinjam memandangkan kami tak bawa satu helai baju pon sebab perjalanan yang terkeluar dari jadual sebenar. Penat sangat time tuh.Tapi, apa-apa pun pengalaman ini memang menyeronokan dan akan tersimpan dalam memori sampai bila-bila.Hehe...

Ni ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua....








Gambar di rumah kechik









Gambar di rumah Shahrul







Gambar di rumah Anie





Gambar di rumah Marhammah